Wednesday, 21 September 2016

permulaan sem baharu (sambungan kerja penyelidikan)

bermula sem ke-3 ini dengan perasaan yang berbaur. terlalu banyak tanggungjawab dan janji2 yang digalas. namun, janji sebagai seorang pelajar master yang ingin GOT perlu didahulukan. Insyallah..

progres penyelidikan sedang berada di tahap ke 3.

tahap pertama - menyediakan proposal kertas kerja yang merangkumi bab 1 (pengenalan tajuk dan sebagainya), bab 2 (kajian literatur) dan bab 3 (metodologi yang berkait rapat dengan instrumen dsb).

tahap kedua - mengkaji kajian penyelidik lepas dan menyediakan insrumen yang lengkap. tahap ini mngambil masa hampir satu sem kerana proses yang banyak ditukar dari semasa ke semasa. kajian saya bermula dengan 2 bahagian sahaja dalam soal selidik, kemudian, ditambah menjadi 3 bahagian supaya maksud yang ingin disampaikan tercapai kepada responden. 

semasa proses pencarian soal selidik ini, kita tidak boleh bergantung kepada satu kajian sahaja, lebih baik jika soal selidik diubahsuai daripada beberapa kajian menjadi kajian kita sendiri. ayat dan cara soalan/item ditulis juga perlu ringkas dan mudah difahami. 

tahap ketiga - mengedarkan dan menguruskan data daripada responden kajian.

walaubagaimanapun, saya ingin menceritakan proses saya mendapatkan kebenaran menjalankan penyelidikan seperti yang saya pernah tulis di entry sebelum ini agar dapat memberi manfaat kepada kawan2 yang lain. 

tips yang pertama, sila ambil tindakan awal ( seawal 6 bulan sebelum tarikh kita ingin memungut data kalau boleh). hal ini kerana, proses nye tersangat lah lambat. maklumlah, kita nak minta bantuan manusia, makanye, tidak lah dapat segera apa yang kita nak. 

bagi kawan2 yang berminat untuk mendapatkan borang eprd tersebut, boleh emel terus kepada saya di alamat wannoor_89@yahoo.com.my.

borang eprd

dalam kes saya, seawal sem 2 saya dh mula cari borang yang perlu di isi dan di hantar ke pihak eprd, namun pertengahan sem baru saya dapat surat kebenaran tersebut, itupun, setelah berkali-kali kol mereka, hampir setiap minggu saya akan kol bertanyakan progres. namun, surat tersebut memberikan tarikh yang tersangat lah pendek (lebih kurang 2 bulan), walhal, semasa itu saya masih lagi bergelut dengan asaimen yang banyak. makanye, kol lah lg mereka, dikatakan perlu hantar surat individu untuk meminta di tambahkan lagi masa tempoh menjalankan penyelidikan tersebut, saya pon hantarlah. ini juga memakan masa yang lama. surat diterima dengan tarikh hingga hujung tahun 2016. NAMUN, berlaku pula kesilapan no. ic saya. makanya, kol lagi dan setelah 2 minggu kemudian, barulah dapat surat yang betul seperti di minta. beberapa kali juga berasa marah dan geram, namun disabarkan hati. 

surat kebenaran daripada eprd
\

kemudian, dihantar pula surat individu dan surat kebenaran tadi kepada pihak JPN. ini juga memeningkan kepala, surat tersebut tidak sampai ke bahagian yang terlibat. hampir 2 minggu setelah hantar, saya kol untuk update, masih tidak sampai surat tersebut. namun, pegawai yang terlibat tersangat baik hati memberikan emel peribadi beliau untuk saya antar kembali surat tersebut. beliau mengepos ke rumah saya.

surat kebenaran daripada pihak JPN


kemudian, proses penghantaran surat2 td dan surat individu permohonan data kepada pihak PPD. ini juga memakan masa hampir 2 minggu, kerana pegawai yang terlibat sibuk dengan tugasan hakiki. makanya, saya terpaksa kol pegawai tersebut sendiri untuk memohon. Alhamdulillah, En.Shaarani sangat baik hati membantu saya, data yang diminta dihantar secara emel malam itu juga dan surat diambil kemudian di PPD. 

begitulah, proses yang sangat memenatkan bagi saya, berurusan dengan manusia. namun, kita sendiri lah yang sepatutnya tahu dan sedar hal tersebut. uruskan dengan awal supaya tidak menggangu kelak. 

setelah selesai urusan surat menyurat, saya mula pergi ke sekolah-sekolah untuk meminta bantuan penolong kanan atau pengetua sekolah untuk mengedarkan soal selidik tersebut. Alhamdulillah, setiap sekolah yang saya pergi langsung tidak keberatan untuk memberikan bantuan. namun, ia memakan masa kerana saya perlu travel ke 3 pekan berlainan. 

masih lagi stuck di tahap ketiga ini, data2 responden, belum penuh dikutip lagi. insyallah, dalam masa 2 minggu, saya boleh memulakan kemasukan data spss. 


sekian, untuk entry kali ni, sehingga bertemu kembali,









Saturday, 5 March 2016

Proses formal menjalankan kajian




Berikut merupakan tindakan formal yang perlu dilakukan penyelidik sebelum memulakan penyelidikan mereka di sekolah-sekolah.


Memohon kebenaran daripada eprd perlu dilakukan melalui proses manual iaitu dengan menghantar permohonan secara pos. Menurut sumber, bermula pada bulan 7 tahun 2015, laman web eprd tidak lagi boleh di akses menyebabkan proses manual perlu dilakukan.

Borang yang diperolehi daripada laman web Unimas boleh diperolehi di sini.

Namun begitu, masih belum dipastikan bahawa borang tersebut adalah yang terbaru atau tidak.

Boleh dipastikan melalui talian 03-88846578 (Dr Zahani) atau 03-88846593 (Dr Maimunah)

Cara penulisan tesis UPSI

Penulisan tesis ips

1. Tajuk - < 15 patah perkataan.
2. Panjang - sarjana < 20000 patah perkataan.
3. Kertas A4 saiz 80gm sahaja.
4. Jenis huruf - huruf kena sama  - Times New Roman saiz 12
- Arial saiz 11
- utk nota kaki or dlm jadual blh guna saiz kecik tp > saiz 8
-italic-nama saintifik n terminologi dlm bahasa lain
-bold-tajuk bab n subtajuk tanpa garisan.
-tajuk bab-huruf besar n bold.
Subtajuk-huruf pertama shja besar.

5. Birai-    Birai sebelah atas : 2.921 sm @ 1.15 inci 
Birai sebelah bawah : 2.54 sm @ 1 inci 
Birai sebelah kiri : 3.81 sm @ 1.5 inci 
Birai sebelah kanan : 2.54 sm @ 1 inci 

6. Spacing n allign - justify.
- baris pertama x perlu perenggan, kedua n seterusnya kena perenggan(1.27sm o 0.5 inc)
-langkau 2
-langkau 1 jika :- 
i. Nota kaki (jika perlu); 
ii. Petikan yang mengandungi tiga baris atau lebih (perlu disantak dan dijadikan berbentuk satu blok teks); 
iii. Rujukan (kecuali perlu langkau dua antara satu entri dengan entri lain); 
iv. Tajuk jadual dan rajah yang mengandungi lebih dari satu baris; 
v. Lampiran, seperti soalselidik atau surat; dan 
vi. Tajuk atau sub tajuk. 

7. Mukasurat - sebelah kanan halaman pada birai sebelah atas (1.27sm o 0.5 inci dr sisi atas dan 2.54sm o 1 inci dari sisi kanan)
- font times new roman n saiz 12 atau arial saiz 11. 
-seblm bab 1, tandan roman kecil (i, ii, iii, iv dan sbg)
-halaman yg ada tajuk x payah tulis mukasurat
-lampiran mesti dilabel lampiran A, B, C dsbg o A1,A2, B1, B2 dsb

8. Nomboran bab n subsyeksyen
   - subsyeksyen x leh lebih 4 aras cth:
5.1   aras dua
5.1.1 aras ketiga
5.1.1.1 aras empat


9. Penggunaan angka dan peratus

i. Jika nombor kurang 10, kena eja kecuali ada unit.
ii. Guna angka jika mula ayat.
iii. Guna tanpa sepang, cth 19% atau guna 19 peratus (perlu konsisten)


 
still searching my strength. please let it be a permanent thing














sebab blog ini diteruskan

Blog ini sepatutnya telah ditamatkan kerana kursus SME 6044 telah berjaya diselesaikan pada semester 1. Namun, saya merasakan keperluan blog ini adalah penting dalam merencanakan segala ilmu pengetahuan, maklumat, proses penyediaan tesis saya dan sebagainya. Maka, saya bercadang untuk meneruskan blog ini, namun tidak terbatas kepada mana-mana kursus dan universiti. 

Hak cipta adalah milik saya dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada pihak lain.

Sekian, terima kasih.



Monday, 29 February 2016

apa itu pengetahuan, sikap, minat dan kemahiran?

Apa itu pengetahuan, sikap, minat dan kemahiran?

Berikut merupakan aspek yang saya akan kaji di dalam tesis saya bagi menentukan kesediaan guru Matematik dalam melaksanakan KBAT dalam kelas.

Kita selalu dengar akan 4 perkataan ini, namun sebagai pelajar berbahasa Melayu sendiri sukar untuk mendefiniskan nya secara ilmiah. maka, saya telah menjalankan sedikit reseach berkenaan 4 perkara ini.

Pertama, sikap.

Apakah beza sikap dan biasa kita dengar, sifat?

Saya tidak berkesempatan untuk merujuk kamus dewan, maka, definisi saya adalah berdasarkan kepada blog kamiislam.

sifat dalam bahasa inggeris diterjemahkan sebagai characteristic or attribute. iaitu karakter.
sifat ialah perwatakn manusia. watak yang akan mewujudkan personaliti. ia juga berada pada dalaman manusia dan manusia dilahirkan dengan watak tertentu. sebagai contoh, antara beberapa sifat adalah degil, pemurah, pemaaf, keanak-anakan, gila-gila, zalim, sabar dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan sikap, sikap dalam bahasa inggeris adalah attitude or behaviour. Menurut Kamus Dewan pula, sikap di definisikan sebagai perbuatan atau pandangan yang berdasarkan sesuatu pendapat. Ia juga boleh diertikan sebagai perilaku dan pemikiran seseorang akan sesuatu perkara. sikap boleh dibentuk jika tidak dimiliki. ia juga berkait rapat dengan pemikiran dan perubahan suasana sekeliling kita. sikap boleh dibentuk dengan adanya ransangan atau motivasi luaran atau berada dalam masyarakat yang positif dan sebagainya. antara sikap manusia yang biasa adalah pengotor, mencuri, amal soleh, buang masa, menolong orang, rajin dan banyak lagi. Sikap dalam kajian ini pula merujuk kepada sikap guru semasa mengajar Matematik. Antara sikap yang perlu ada dalam diri guru yang mengajar KBAT adalah bersikap terbuka dan berfikir di luar kotak. 

Minat pula?

Minat selalunya dikaikan dengan keseronokan. Minat juga merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk mendekati sesuatu objek atau keinginnya untuk melihat diri kepada objek berkenaan. menurut Liong Kon Thai (1997), minat adalah salah satu dimensi sikap dan sikap pula adalah lebih bersifat kearah yang kita boleh nampak melalui tingkahlaku individu. Minat pula dikatakan sebagai perasaan keseronokan semasa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dan kecenderungan untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi.
menurut Crow & Crow(n.a) minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang atau sesuatu. benda, atau kegiatan. Minat akan mempengaruhi sikap (rajin atau malas ), reaksi kita (selalu tersenyum, monyok, dan sebagainya) seterusnya memberi kepada persekitaran termasuklah manusia disekeliling kita. Minat guru terhadap KBAT boleh diukur melalui kesungguhan mereka mempelajari perkara baru dan mudah menggunakan teknologi kini bagi mendapatkan maklumat. 

Pengetahuan?

Menurut Kamus Dewan (Ed. 4), pengetahuan ialah perihal mengetahu atau apa-apa yang diketahui. Maka, dalam kajian saya, pengetahuan adalah merujuk kepada ilmu yang dimiliki oleh guru dalam melaksanakan KBAT. Apa yang dikata tahu KBAT adalah guru dapat melaksanakan KBAT di dalam kelas seperti membincangkan soalan berbentuk KBAT, mengajar secara KBAT dengan memperbanyakkan aktiviti berpusatkan murid.


Apa itu kemahiran?

Menurut Kamus Dewan (edisi ke 4), kemahiran adalah kecekapan atau kepandaian melakukan sesuatu. Dalam konteks penyelidikan ini, kemahiran yang dimaksudkan adalah kemahiran guru menyuntik atau melaksanakan KBAT dalam pengajaran mereka. Antara ciri-ciri guru yang berkemahiran adalah membenarkan pelajar menyenaraikan maklumat penting setiap tajuk, membenarkan pelajar memberi beberapa jawapan, memberi peluang kepada pelajar untuk memberi pendapat dan mencari jawapan melalui perbincangan dalam kumpulan sebelum guru membincangkan jawapan yang betul.  

Maka, berdasarkan definisi-definisi berikut, saya akan membina soal selidik yang dapat mengumpulkan maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran, sikap dan minat guru Matematik dalam melaksanakan KBAT. 










Tuesday, 23 February 2016

pembinaan kertas kerja / artikel

Binaan sebuah artikel
Sesebuah artikel akademik biasanya terdiri daripada 
1. Tajuk. (Tajuk artikel haruslah ringkas, jelas dan melambangkan perbahasan utama artikel. Tajuk yang baik seeloknya menarik perhatian ramai untuk membacanya.
2. abstrak,
pendahuluan ringkas tentang kajian
menerangkan objektif utama dan objektif terperinci kajian
metodologi kajian perlu dijelaskan dengan terperinci (reka bentuk kajian, populasi serta kaedah persampelan)
menyenaraikan dapatan kajian secara ringkas mengikut turutan objektif kajian 
secara ringkas implikasi kajian terhadap amalan semasa ataupun sumbangan kajian terhadap badan ilmu
kebiasaannya adalah antara 100 sehingga 300 patah perkataan
3.  Pendahuluan
mempunyai latar belakang kajian serta teori yang mendasari kajian
menjelaskan kajian-kajian terdahulu yang pernah membincangkan persoalan yang serupa
membentangkan pernyataan masalah kajian yang mendorong kajian itu dilakukan
menyatakan persoalan kajian ataupun hipotesis kajian
Kesemua elemen ini harulah diletakkan di bawah pendahuluan dan dibezakan oleh perenggan yang berbeza. Bahagian ini perlu diringkaskan dan biasanya tidak melebihi 3 halaman.


4. metodologi,
Ø menjelaskan reka bentuk kajian yang digunakan sepeti kajian eksperimen, tinjauan, kajian kes, action research, kajian etnografi, kajian campuran metode (mixed method), analisis dokumen 
Ø latar belakang populasi, teknik persampelan, jumlah bilangan sampel kajian serta rasional bilangan tersebut, pemilihan responden dan juga lokasi kajian yang terlibat.
Ø bentuk-bentuk instrumen yang digunakan, serta teknik kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
Ø Sekiranya penulis menggunakan akronim, maksud akronim tersebut perlu dijelaskan.
Ø menerangkan bentuk teknik analisis yang digunakan seperti penggunaan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS), Rasch Model, Structural Equation Modelling (SEM) dan sebagainya.
5. dapatan kajian,
² dapatan kajian perlu disusun mengikut susunan persoalan kajian supaya para pembaca dan penilai dapat mengaitkannya dengan persoalan kajian yang disebut terlebih dahulu.
² corak persembahan data ini haruslah teliti, jelas dan tersusun
6. perbincangan, 
ü penguasaan penulis dalam membincangkan isu utama penulisan.
ü perbincangan ini disusun mengikut susunan persoalan kajian supaya pembaca dapat fokus dan mengaitkannya dengan dapatan
ü membincangkan persoalan kajian secara kritis satu persatu berpandukan dapatan kajian dan ulasan literatur yang mantap
ü perlu disokong oleh teori dan kajian-kajian yang lepas.
ü harus merumuskan apakah bentuk penemuan baru atau penemuan yang menyokong dapatan terdahulu yang menyumbang kepada badan ilmu dan amalan semasa
ü ditulis secara sistematik, akademik dan tidak meleret-leret
ü Setiap pernyataan harus diperkuatkan dengan bukti yang boleh diambil daripada kajian-kajian yang lepas. Elakkan membuat pernyataan secara ‘syok sendiri’ tanpa disertakan buktinya
7. rumusan dan cadangan, 
rumusan secara ringkas tentang kajian yang dilakukan dan apakah bentuk sumbangan kajian tersebut kepada badan ilmu.
mengemukakan cadangan-cadangan baru yang terhasil daripada penemuan kajian yang dilakukan. terhadap keadaan semasa
8. penutup dan senarai rujukan. 
mengemukakan secara ringkas tentang kajian yang dibuat, penemuan-penemuan yang penting dan implikasi kajian
memastikan bahawa setiap citation yang dibuat dalam teks harus disebut dalam bahagian rujukan
Penggunaan perisian-perisian tertentu seperti EndNote boleh membantu penulis dalam perkara ini
Senarai rujukan juga perlu ditulis berdasarkan format yang telah ditetapkan
memperbanyakkan penggunaan rujukan yang terkini, seboleh-bolehnya 60 peratus terdiri daripada bahan yang berumur kurang daripada 5 tahun daripada tahun artikel itu ditulis. 

what did u gain during ur school time? the most precious thing that u gain?
i learnt to love mathematics