Sunday, 20 December 2015

Miskonsepsi dalam matematik

Antara contoh miskonsepsi dlm kehidupan harian.

1. Di sebuah butik di Kuala Lumpur, seorang wanita ingin membeli baju yang diminatinya. Ia mempunyai diskaun sebanyak 20%. Wanita tersebut ingin membeli 2 helai baju. Penjual membuat kiraan secara congakan:

Diskaun 20% untuk sehelai baju, maka untuk 2 helai baju, wanita tersebut mendapat diskaun sebanyak 40% darpada harga asal.

Persoalannya, adakah penjual tersebut mengira dengan betul atau salah?

Jawapannya, penjual miskonsepsi dalam kiraan beliau.

Terdapat dua cara, kita sebagai pembeli dalam situasi ini atau sebagai guru  untuk memperbetulkan kiraan tersebut

1. Memberitahu kesalahan kiraan kepada penjual dengan menerangkan secara terperinci bab peratus. Ia akan mengambil masa yang lama malah, menyebabkan penjual atau pelajar tidak dapat menyedari kesalahan tersebut.

2. Memberitahu penjual atau pelajar, " saya ingin menukar fikiran, saya ingin membeli 5 helai baju tersebut". Biarkan penjual atau pelajar menyedari kesalahan diri sendiri.


Tuesday, 15 December 2015

Isu 5 - Pendekatan PdP


Apakah itu PdP?

PdP atau pengajaran dan pembelajaran adalah proses interaksi di antara pelajar dan guru di mana pelajar adalah individu yang berada dalam kalangan sekumpulan orang sebagai pencari atau penerima ilmu, manakala guru merupakan seorang atau sekumpulan orang yang profesionnya sebagai pengolah aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran ialah proses menyampaikan dan memindahkan maklumat, mendorong pembelajaran dan membina manusia yang lebih baik. proses pengajaran yang baik berlaku apabila pelajar dapat menerima pengalaman yang terbaik dan bermutu. 
Menurut Abd Rahim (2001), pembelajaran ialah proses yang melibatkan perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman yang berulang, latihan atau interaksi dengan persekitaran. Pembelajaran juga adalah proses pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Antara sedar atau tidak, pembelajaran adalah proses berterusan yang berlaku sepanjang hayat kita.  
   
Proses PdP melibatkan beberapa komponen seperti pelajar, guru, objektif dan isi pembelajaran, kaedah pengajaran, media dan penilaian. Objektif PdP adalah untuk mencapai tahap yang optimal. Guru merancang PdP sebelum memasuki kelas. PdP merangkumi urutan, kaedah dan peringkat kegiatan yang dirancang untuk mencapai tujuan dan objektif pengajaran tertentu. 

Teknik Pengajaran

1. Strategi berpusatkan guru.

Strategi ini telah diamalkan sejak dahulu lagi. Proses ini melibatkan guru bersyarah di hadapan kelas dan pelajar menyalin nota. kaedah ini tidak menggalakkan pelajar memberi pendapat mereka tersendiri dan hanya menerima bulat-bulat pengajaran daripada guru. 


2. Strategi berpusatkan pelajar.

Dalam strategi ini, pelajar memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Guru berperanan sebagai pemimpin atau pemudah cara bagi aktiviti yang dijalankan. Selalunya, aktiviti akan berlaku dalam kumpulan di mana pelajar dapat memberi pendapat dan seterusnya menunjukkan sifat kreatif masing-masing. Berlakunya komunikasi dua hala antara pelajar dan guru. Terdapat juga peluang interaksi yang positif antara pelajar dalam kumpulan.  


3. Strategi berpusatkan bahan pelajaran

Bahan pembelajaran adalah seperti video, perisian atau laman web yang menggunakan komputer. dalam kaedah pengajaran sebegini, bahan tersebut memainkan peranan penting kerana guru dan pelajar menggunakan bahan tersebut sepenuhnya. ia juga dapat menarik minat pelajar dan berkesan.     


  QUOTES OF THE WEEK





 

Sunday, 13 December 2015

Laman web menarik untuk diteroka pelajar


Berikut merupakan beberapa laman web dalam Bahasa Inggeris yang boleh digunakan pelajar untuk diteroka. Diharap dengan perkongsian ini, dapat memberi manfaat.

www.seemath.com


www.math.com


www.webmath.com


www.mathisfun.com


Saturday, 12 December 2015

Ulasan berita - 2


Artikel daripada berita harian metro yang dicapai pada 13 Disember 2015 

URL: http://www.hmetro.com.my/node/98444?m=1






Berdasarkan Azean & Sanuzee (2009), terdapat 4 faktor yang mempengaruhi kesediaan keusahawanan individu iaitu:

1. perwatakan diri
2. keadaan diri
3. kemahiran dan pengalaman
4. sikap individu

Program keusahawanan yang diadakan di sekolah dapat menimbulkan minat pelajar, dapat mengasah kemahiran mereka berniaga dan juga mengumpul pengalaman sebanyak mungkin. Tidak dinafikan, masalah pengangguran atau pelajar universiti sukar mendapat pekerjaan selepas tamat belajar berada di tahap membimbangkan. Kos sara hidup yang semakin meningkat juga membebankan rakyat. Jesteru, diharap dengan adanya program sebegini, pelajar dapat dipupuk untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. 


Rujukan :
Azean & Sanuzee. (2009). Konsep kesediaan keusahawanan di kalangan pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar.




QUOTES OF THE WEEK    





Friday, 11 December 2015

Berita Pendidikan - 1






Berdasarkan berita yang diambil dari laman web Astro Awani ini, dapat kita simpulkan bahawa isu bahasa dalam pendidikan masih lagi diperkatakan. Pelbagai pendapat dan pandangan yang berbeza daripada pelabagai pihak. Tiada kata putus yang menyatakan bahawa suatu bahasa itu lebih penting daripada yang lain. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah sama penting dalam kehidupan seharian kita. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk pergi lebih jauh, manakala penguasaan Bahasa Melayu yang baik membolehkan pelajar berkomunikasi dengan selesa dan baik. 


QUOTES OF THE WEEK




 

Tuesday, 8 December 2015

Isu 4 : Isu bahasa dalam pendidikan Matematik


Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik di sekolah. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh para guru Matematik dalam usaha mengembangkan potensi dalam bidang Matematik seiring dengan perkembangan dunia semasa dan melahirkan pelajar-pelajar berkualiti bertaraf antarabangsa.

ISU PERTAMA

BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGHANTAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) MATEMATIK

Bahasa pengataran Bahasa Inggeris dikuatkuasakan pada tahun 2003 melibatkan pelajar tahun 1, tingkatan 1 dan juga tingkatan 6 rendah.Menurut Musa Mohamad (2002), pemilihan kedua-dua mata
pelajaran untuk diajar menggunakan bahasa Inggeris bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang yang berkaitan dan juga bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Langkah ini diambil kerana kerajaan menyedari bahawa penguasaan ilmu Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris bertambah penting dalam era globalisasi dan teknologi maklumat.

Namun, setelah beberapa kajian dijalankan, di dapati wujud kegelisahan di kalangan guru dan murid yang dipaksa mengajar dan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Malah kebanyakan guru dan pelajar Melayu, terutama di sekolah luar bandar tidak bersemangat dan malas untuk mengajar dan belajar mata pelajaran terbabit dalam bahasa Inggeris.Terdapat juga di kalangan ibu bapa yang bimbang anak-anak mereka akan tercicir sekiranya kedua-dua mata pelajaran tersebut diajar dalam bahasa Inggeris.


ISU KEDUA

TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS PELAJAR DAN PERSEKITARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) MATEMATIK.

Penggunaan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah sangat penting. Ia akan menentukan tahap pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran dalam Matematik. Sekiranya pelajar menguasai bahasa pengantar dengan baik, maka pengajaran dan pembelajaran Matematik akan berjalan dengan lancar. Namun, apabila pelajar tidak menguasai bahasa pengantar dengan baik, pelajar akan menghadapi masalah dalam memahami pelajaran Matematik.

Penguasaaan bahasa Inggeris yang kurang di kalangan pelajar menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam sebutan dan pemahaman istilah Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat (Johari et.al, 2006).

ISU KETIGA 

PENGGUNAAN ISTILAH DAN BAHASA MATEMATIK

Bahasa matematik merupakan alat yang penting dalam komunikasi dibilik darjah matematik. Setiap guru dan pelajar perlu meguasai bahasa matematik dengan baik supaya segala perbincangan dalam bilik darjah boleh difahami oleh kedua-dua pihak .Setiap istilah dan simbol dalam matematik memberikan makna yang khusus . Maka adalah sukar bagi proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan jika guru dan pelajar tidak boleh menguasai bahasa matematik dengan baik

contoh :-

Pengistilahan
Setiap istilah membawa pengertian yang khusus
(a) Nombor genap = Nombor yang boleh dibahagi dengan 2
(b) Segi empat sama = segi empat yang mempuyai sisi yang sama
(c) Kuboid = pepejal yang mempunyai enam muka segi empat
(d) Sudut tirus = sudut yag kurag daripada 90°

Ada istilah yang juga digunakan dalam bidang lain contohnya darjah,jisim ,latitud
dan suhu.

ISU KEEMPAT

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGHANTAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) MATEMATIK

Dengan kewujudan dasar MBMBI ini, para guru dan pelajar diharap dapat menjalankan proses PdP dengan lebih efektif dan berkesan. Selain itu juga, guru juga bertanggungjawab menjadikan PdP Matematik lebih kreatif dan menarik supaya dapat menarik minat pelajar terhadap Matematik sekali gus dapat merubah persepsi terhadap mata pelajaran Matematik.

Pengajaran Matematik dalam bahasa ibunda boleh membantu pelajar memahami konsep, dan
prosedur pengajian, malah suasana pembelajaran dalam bilik darjah akan lebih aktif dan ceria
apabila wujud komunikasi di antara guru dan pelajar.


Rujukan 

Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim,Meor Ibrahim Kamaruddin. (n.d.). Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Luar Bandar. Diperoleh pada 24 Oktober 2015 daripada http://eprints.utm.my/2228/1/3_9.pdf


QUOTES OF THE WEEK



Monday, 7 December 2015

Ulasan buku - 1




ASAS PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM MATEMATIK. (EFFANDI ZAKARIA, 2005)
           
 Buku ini membincangkan mengenai teori berkaitan koperatif, model-model pembelajaran koperatif, unsur-unsur keberkesanan , cara-cara membentuk kumpulan dan implikasi pembelajran koperatif. Teori-teori yang berkaitan adalah seperti teori Piaget yang memfokuskan kepada perkembangan kognitif iaitu memahami konsep abstrak melalui pengalaman. Teori Vygotsky pula lebih kepada interaksi kumpulan membina pengetahuan. Teori-teori ini memberi asas kepada terbentuknya pembelajaran koperatif yang telah bermula sejak tahun 1970-an.


 Antara model-model pembelajaran koperatif adalah STAD,TGT, Jigsaw, TAI, Group of Four, Learning Together, Group Investigation, dan Exchange of Knowledge. Buku ini menerangkan maksud dan cara penggunaan setiap model dengan mendalam. Namun secara ringkasnya, setiap model menekankan konsep ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya. Setiap kumpulan dibahagikan kepada 2 hingga 5 orang sahaja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akademik, jantina dan etnik. Model STAD lebih sesuai kepada matapelajaran kira-kira, geometri, peta dan konsep sains. Dalam kata lain, sesuai digunakan bagi matapelajaran Matematik. STAD dimulakan dengan penerangan daripada guru, bekerja dalam kumpulan, ujian secara individu kemudia dijumlahkan mengikut kumpulan dan diakhiri dengan ganjaran kumpulan.

  Beliau juga menyatakan bahawa unsur-unsur keberkesanan bagi pembelajaran koperatif adalah persandaran positif iaitu persepsi pelajar bahawa kejayaan hanya mampu dicapai jika setiap ahli kumpulan berjaya, tanggungjawab individu untuk memberi sumbangan kepada kumpulan, interaksi promotif seperti galakan dan sokongan kepada ahli kumpulan, kemahiran sosial individu dan penilaian kumpulan.

Menurut beliau, terdapat 3 perkara penting yang perlu diambil kira dalam pembentukan kumpulan iaitu pertama, guru sendiri perlu membahagikan dan  menentukan pelajar dalam kumpulan kerana guru lebih arif terhadap tahap akademik pelajar, disamping perbezaan etnik dan jantina perlu dibahagikan secara sama rata.  Kedua, kumpulan yang dibentuk perlu dikekalkan dalam masa tertentu supaya ikatan persahabatan dapat dibentuk. Dan ketiga, saiz kumpulan perlulah kecil iaitu 2 hingga 5 orang sahaja agar setiap ahli kumpulan mempunyai ruang yang lebih untuk memberi buah fikiran dalam perbincangan dan juga memberi keselesaan kepada pelajar untuk berinteraksi.

Beliau juga memberi banyak contoh kajian lepas yang telah dijalankan bagi membuktikan teori-teori dan cara perlaksanaan pembelajran koperatif dengan lebih efektif. Namun, kajian yang dinyatakan adalah dari tahun 1991 hingga tahun 2000. Terakhir, beliau menyarankan agar guru berusaha mempelbagaikan cara pengajaran kerana pembelajaran koperatif menampakkan kesan yang positif ke atas pelajar. Selain itu, pembelajaran koperatif juga adalah satu cara untuk pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran mereka.

             Buku ini sangat bagus dan memberi penerangan yang baik untuk penyelidik. Ia juga memberi idea-idea untuk dikaji dalam pembentukan tesis melalui senarai kajian-kajian lepas yang berkaitan.   


QUOTES OF THE WEEK


Isu 3 : Akses dan ekuiti

Apakah itu akses?

Akses bermaksud proses atau cara untuk mencapai atau memperoleh sesuatu data dan maklumat capaian (Kamus Dewan). Dalam konteks pendidikan pula akses merujuk kepada dua elemen iaitu pelajar dapat menerima pendidikan secara formal di sekolah dan memastikan murid menerima tahap minimum persekolahan

Apakah itu ekuiti?

Ekuiti bermaksud kesamarataan atau pemilikan saksama dalam sesebuah organisasi. 

Siapakah yang mengatakan bahawa akses dan ekuiti adalah satu isu dalam pendidikan?

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan objektif menjelang 2025, iaitu memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard atau kualiti, merapatkan jurang pencapaian atau ekuiti, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid dan mengoptimumkan kecekapan sistem. dirujuk kepada entri saya sebelum ini.Pelan pembangunan pendidikan malaysia. Setiap kanak-kanak di Malaysia, tanpa mengira taraf ekonomi, etnik atau latar belakang berhak mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

Mengapakah akses dan ekuiti masih menjadi isu di zaman serba globalisasi ini?

kesamarataan akses kepada pendidikan masih lagi tidak tercapai sepenuh nya kerana wujud jurang-jurang seperti bandar dan luar bandar, gender, sosioekonomi dan pelajar normal dan berkeperluan khas. 

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya jurang sekolah bandar dan luar bandar?

Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman

Apakah kaitan dengan sosioekonomi pula?

Masalah kemiskinan, kesempitan hidup, dan kewangan menyebabkan ibu bapa tidak mampu untuk menampung perbelanjaan sekolah anak-anak dari segi yuran, pembelian buku tambahan dan keperluan lain.

Siapakah pelajar normal dan berkeperluan khas?

Pelajar berkeperluan khas terdiri daripada pelajar kurang upaya pembelajaran seperti pelajar yang  mengalami masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. KPM menyediakan sekolah berpendidikan khas kerana pelajar-pelajar ini memerlukan pendekatan yang spesifik seperti tidak dinaikkan kelas secara automatik. Pelajar-pelajar ini juga memerlukan khidmat guru pendidikan khas terlatih dan pembantu pengurusan murid yang mencukupi, pentaksiran alternatif dan kemudahan ICT yang sesuai. Pelajar-pelajar ini memerlukan program khusus bagi mengelakkan masalah keciciran.     

Siapakah pihak yang terlibat agar akses dan ekuiti dapat dicapai pendidikan?

Ibu bapa, pelajar dan setiap lapisan masyarakat juga harus berusaha agar matlamat pendidikan negara kita dapat dicapai dan seterusnya menjadi negara yang dapat bersaing dengan negara-negara maju lain. Pendidikan masa kini adalah penentu masa depan sesebuah negara.




QUOTES OF THE WEEK


Antara rujukan yang digunakan:

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Penilaian Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. 

Faridah,A.H., Naimah,I., Hamidah,Y. & Habibah,A. R. (2005). Kemiskinan Dan Pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Akademik. Penyelidikan Matematik, 7, 25–56.


Sunday, 29 November 2015

ISU 2 : Faktor yang menyebabkan berlakunya jurang pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar.

Berikut merupakan jurnal berkaitan isu yang ke 2 dalam kursus SME 6044 iaitu 4 faktor yang menyebabkan berlakunya jurang pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar.


1. KAJIAN PERBANDINGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR BANDAR DAN LUAR BANDAR DI PERINGKAT PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)




Kajian (Norhayati et.al, 2008) dijalankan bagi meninjau samada terdapat penurunan prestasi pelajar luar bandar berbanding pelajar bandar dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Seramai 720 orang pelajar Tingkatan 4 yang telah mengambil PMR pada tahun sebelumnya terlibat. Gred pencapaian bagi matapelajaran Matematik pelajar bandar dan luar bandar dibandingkan. Kaedah kajian secara tinjauan ini menggunakan kaedah pensampelan rawak strata. Data kuantitatif yang diperolehi daripada set soal selidik dikumpul dan dianalisis. Berdasarkan dapatan data, tahap pencapaian matapelajaran Matematik pelajar bandar berbeza secara signifikan atau lebih baik berbanding pelajar luar bandar. Antara faktor mempengaruhi pencapaian Matematik pelajar yang dikenalpasti melalui soal selidik adalah faktor bahasa, keluarga, peribadi, sekolah, rakan-rakan, kelas tambahan dan media massa.



Selain daripada jurnal Norhayati (2008), kami juga menggunakan jurnal dan buku sebagai rujukan. Antaranya adalah:


1. Abdullah Mohd Noor (1999). Pengaruh latar belakang sosial keluarga terhadap pencapaian Sains dan Matematik dikalangan Murid Sekolah Rendah.Universiti Brunei Darussalam.

2. Alexander, K.L., Entwistle. D. R. and Horsey (1997). From first grade forward: Early foundations of high school dropout. Sociology of Education, 70 (April):87-107

3. Atan long,1978.Educational Transition of East Malaysian Distance Learners.

4. Azhari Mariani, 2013 . Second international Seminar on Quality and Affordable

5. Azizan Nahar, (2012, April). Transformasi sekolah luar bandar. Berita Harian. Pagoh, Johor.

5. Gary philips,1993.Blindness&Psychological Development in Young Children
6. Lembaga Peperiksaan Malaysia.Quick facts 2011.Statistik Pengajian Tinggi

7. Mariam Othman & Daniel Muijs (2013) Educational quality differences in a middle-income country: the urban-rural gap in Malaysian primary schools.

8. Muhyiddin Mohd Yassin (2012),Teks Ucapan: Majlis Perutusan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 daripada http://www.pmo.gov.my

9. Muller, C. (1998). Gender differences in parental involvement and adolescents’ mathematics achievement. Sociology of Education, 71 (October):336-356

10. Norhayati Baharom, Normah Ahmad, Elizabeth, A. (2006). Kajian perbandingan pencapaian Matematik pelajar bandar dan luar bandar di peringkat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

11. Robbins dan Alvy(1995).Growing into leadership

12. Terry dan Kent (1993) The New Normal for Higher Education

13. Zalizan M.Jelas,2005. Generic Skill Provision in Higher Education.


14. Zarinah Arshad dan Rozumah Baharudin (Jun, 2011). Perkaitan antara fkctor sosioekonomi dan kualtiti tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko.Jurnal Kemanusiaan bil.17. Universiti Putra Malaysia.

QUOTES OF THE WEEK

Monday, 16 November 2015

Apakah itu isu?

Berdasarkan Peter Gates (2001), definisi bagi isu adalah berdasarkan kepada cara penggunaannya.


To be an issue - to be important and requiring of a decision.

To be at issue - something is under discussion due to dissagreement.

To take issue - to dissagree.

To issue forth - to expound or to present and explain (a theory or idea) systematically and in detail. 


Isu pendidikan Matematik adalah perbincangan mengenai perkara-perkara berbangkit yang menimbulkan ketidaksefahaman masyarakat. Isu perlu dibincangkan agar mencapai satu jalan penyelesaian. 




Rujukan :

Gates, P. 2001. Issues in Mathematics teaching. New York: RoutledgeFalmer.    





Quotes of the week 3

Wednesday, 11 November 2015

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Tahukah anda akan PPPM atau Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025?

PPPM yang terpapar pada dinding SK Kampung Dew

Dengan ini, para pelajar, guru dan ibu bapa tahu akan PPPM dan matlamatnya

Kementerian, guru, pelajar dan masyarakat harus berusaha bersama bagi mencapai lima aspirasi ini  

SK Kampung Dew yang terletak di Bagan Serai, Perak.

Tuesday, 10 November 2015

Contoh pdp berasaskan murid


Berikut merupakan antara video terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan murid. 

1.guru memberi peluang kepada pelajar memberi komen dan pandangan mereka berdasarkan tajuk yang diajar. 
2. Guru menyediakan aktivit yang sesuai dan menarik.
3. Guru mengambil berat akan minat pelajar.
4. Guru menyediakan ruang kepada pelajar untuk menilai hasil kerja rakan-rakan. 




Bahagian ke 2


diharap dengan perkongsian ini, guru-guru akan memberi idea yang lebih kreatif dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.


Quotes of the week 2


Tuesday, 27 October 2015

jurang dalam pendidikan matematik


Berikut merupakan video daripada astro awani yg membincangkan mengenai jurang bandar dan luar bandar yang sering menjadi isu dalam pendidikan matematik.

Saturday, 24 October 2015

isu 1

fenomena yang selalu terjadi di sekolah asrama sahaja..

Tuesday, 20 October 2015

6 HUJAH / PANDANGAN MENGENAI PENDIDIKAN MATEMATIK.



1. PPSMI – berdasarkan pendapat saya, dasar PPSMI sangatlah bagus dalam pendidikan Matematik. Walaupun mungkin terdapat beberapa kekangan dan masalah yang dihadapi di sekolah luar Bandar, seperti komunikasi murid apabila berada dalam kelas kurang, pelajar kurang memahami pelajaran apabila guru bercakap dalam bahasa inggeris dan sebagainya, namun dalam matapelajaran matematik, penggunaan bahasa Inggeris tidaklah menjadi masalah yang besar, dengan syarat, guru menerangkan ‘terms’ atau perkataan yang kurang difahami murid dalam bahasa yang lebih mudah difahami. Dalam Matematik, terms dan perkataan yang sukar sering berulang, maka pelajar sepatutnya tiada masalah memahaminya.
2. PPSMI – semasa pengajaran di dalam kelas, guru tidak seharusnya dihalang daripada bercakap dalam bahasa Melayu, memang seharusnya guru menggunakan Bahasa Inggeris, namun, guru harus pandai melihat reaksi pelajar, jika difikirkan pelajar, tidak faham atau kurang berminat mendengar kerana bahasa inggeris digunakan, guru boleh menerangkannya dalam bahasa melayu. Tetapi, terms, dan bahan pengajaran mestilah di dalam bahasa inggeris.
3. PBS – semasa mula-mula PBS diperkenalkan, terlalu banyak isu yang timbul di kalangan guru-guru seperti bahan evidens yang banyak, terlalu banyak data murid yang perlu disimpan, kekurangan masa untuk perlaksanaan PdP di dalam kelas dan sebagainya. Bagi saya, PBS menggalakkan lagi penggunaan kertas dengan sangat banyak, evidens pelajar perlu dicetak, data pelajar perlu disimpan dalam pelbagai fail dan sebagainya. Ini menyebabkan pembaziran kertas yang seharusnya kita elak dan juga pembaziran dari segi cetakannya. Namun, PBS kini yang telah ditambahbaik seperti evidens dikurangkan, data pelajar tidak lagi perlu disimpan dan sebagainya adalah  bagus dan perlu diterima baik oleh guru-guru.
4. PT3 – peperiksaan tingkatan 3 ini mengundang pelbagai isu. Ini kerana, konsep guru sekolah sendiri memilih soalan peperiksaan memungkinkan guru membaca dan memberi tips-tips kepada pelajar. Ini menyebabkan peperiksaan yang dijalankan adalah tidak telus. Faktor manusia memainkan peranan yang penting disini. Sebagai contoh, sikap guru yang suka memberi soalan susah kepada pelajar, sikap guru yang kedekut markah dan sebagainya.
5. KBAT – penggunaan KBAT dalam matapelajaran Matematik adalah sesuatu yang baik. Saya setuju dengan pendapat bahawa pelajar lebih senang menghafal soalan daripada memahami soalan Matematik. Soalan-soalan KBAT yang diterapkan dalam matapelajaran membolehkan pelajar berfikir dan juga memberi pendapat masing-masing.
6. penggunaan ICT dalam Matematik – pada pendapat saya, guru kurang menggunakan ICT dalam Matematik kerana mereka kurang berpengalaman dalam menggunakan computer, jika guru pakar dalam penggunaan ICT, mereka akan lebih mencederung menggunakannya. Selain itu, masa pdp bagi sesuatu kelas, paling lama adalah dua waktu iaitu 1 jam 20 minit, menyebabkan guru-guru jarang menggunakan ICT kerana penyediaan bahan adalah memakan masa dan menyebabkan waktu penerangan berkurangan. Tetapi, bagi sekolah rendah, adalah sangat mudah dan digalakkan untuk menggunakan ICT kerana sukatan pelajaran tidak terlalu padat dan membolehkan guru menjadi lebih kreatif dengan cara penyampaian ilmu.

-ini adalah pandangan peribadi saya daripada perbincangan pertama dalam kelas. 
jangan pening, research aje..

Quotes of the week 1




Friday, 18 September 2015

became a student, again..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, selepas 4 tahun grad di ukm, saya kembali menjadi pelajar dengan azam dan semangat yang baru. Azam dan impian kali ini adalah untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Tiada lagi istilah malas, sambil lewa, tak tahu, tak pandai, biarlah, nantilah dan sebagainya.

Ayat yg perlu keluar di bibir saya hanyalah, baiklah, saya boleh lakukannya. Dengan bekalan pengalaman suka dan duka sepanjang 4 tahun selepas bergelar siswazah, saya lebih yakin dengan impian saya. Menjadi seorang guru matematik.

Turun dan naik nya saya selama ini membuka mata saya akan impian semasa kecil saya ini. Saya suka dan cintakan suasana penbelajaran di sekolah. Penuh dengan kasih sayang. Saya suka memberi ilmu dan juga suka mengajar. Semoga dengan langkah pertama saya ini membuka lebih banyak peluang untuk mencapai cita-cita ini. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup ini dan mempermudahkanny lagi. Insyallah.