Tuesday, 27 October 2015

jurang dalam pendidikan matematik


Berikut merupakan video daripada astro awani yg membincangkan mengenai jurang bandar dan luar bandar yang sering menjadi isu dalam pendidikan matematik.

Saturday, 24 October 2015

isu 1

fenomena yang selalu terjadi di sekolah asrama sahaja..

Tuesday, 20 October 2015

6 HUJAH / PANDANGAN MENGENAI PENDIDIKAN MATEMATIK.



1. PPSMI – berdasarkan pendapat saya, dasar PPSMI sangatlah bagus dalam pendidikan Matematik. Walaupun mungkin terdapat beberapa kekangan dan masalah yang dihadapi di sekolah luar Bandar, seperti komunikasi murid apabila berada dalam kelas kurang, pelajar kurang memahami pelajaran apabila guru bercakap dalam bahasa inggeris dan sebagainya, namun dalam matapelajaran matematik, penggunaan bahasa Inggeris tidaklah menjadi masalah yang besar, dengan syarat, guru menerangkan ‘terms’ atau perkataan yang kurang difahami murid dalam bahasa yang lebih mudah difahami. Dalam Matematik, terms dan perkataan yang sukar sering berulang, maka pelajar sepatutnya tiada masalah memahaminya.
2. PPSMI – semasa pengajaran di dalam kelas, guru tidak seharusnya dihalang daripada bercakap dalam bahasa Melayu, memang seharusnya guru menggunakan Bahasa Inggeris, namun, guru harus pandai melihat reaksi pelajar, jika difikirkan pelajar, tidak faham atau kurang berminat mendengar kerana bahasa inggeris digunakan, guru boleh menerangkannya dalam bahasa melayu. Tetapi, terms, dan bahan pengajaran mestilah di dalam bahasa inggeris.
3. PBS – semasa mula-mula PBS diperkenalkan, terlalu banyak isu yang timbul di kalangan guru-guru seperti bahan evidens yang banyak, terlalu banyak data murid yang perlu disimpan, kekurangan masa untuk perlaksanaan PdP di dalam kelas dan sebagainya. Bagi saya, PBS menggalakkan lagi penggunaan kertas dengan sangat banyak, evidens pelajar perlu dicetak, data pelajar perlu disimpan dalam pelbagai fail dan sebagainya. Ini menyebabkan pembaziran kertas yang seharusnya kita elak dan juga pembaziran dari segi cetakannya. Namun, PBS kini yang telah ditambahbaik seperti evidens dikurangkan, data pelajar tidak lagi perlu disimpan dan sebagainya adalah  bagus dan perlu diterima baik oleh guru-guru.
4. PT3 – peperiksaan tingkatan 3 ini mengundang pelbagai isu. Ini kerana, konsep guru sekolah sendiri memilih soalan peperiksaan memungkinkan guru membaca dan memberi tips-tips kepada pelajar. Ini menyebabkan peperiksaan yang dijalankan adalah tidak telus. Faktor manusia memainkan peranan yang penting disini. Sebagai contoh, sikap guru yang suka memberi soalan susah kepada pelajar, sikap guru yang kedekut markah dan sebagainya.
5. KBAT – penggunaan KBAT dalam matapelajaran Matematik adalah sesuatu yang baik. Saya setuju dengan pendapat bahawa pelajar lebih senang menghafal soalan daripada memahami soalan Matematik. Soalan-soalan KBAT yang diterapkan dalam matapelajaran membolehkan pelajar berfikir dan juga memberi pendapat masing-masing.
6. penggunaan ICT dalam Matematik – pada pendapat saya, guru kurang menggunakan ICT dalam Matematik kerana mereka kurang berpengalaman dalam menggunakan computer, jika guru pakar dalam penggunaan ICT, mereka akan lebih mencederung menggunakannya. Selain itu, masa pdp bagi sesuatu kelas, paling lama adalah dua waktu iaitu 1 jam 20 minit, menyebabkan guru-guru jarang menggunakan ICT kerana penyediaan bahan adalah memakan masa dan menyebabkan waktu penerangan berkurangan. Tetapi, bagi sekolah rendah, adalah sangat mudah dan digalakkan untuk menggunakan ICT kerana sukatan pelajaran tidak terlalu padat dan membolehkan guru menjadi lebih kreatif dengan cara penyampaian ilmu.

-ini adalah pandangan peribadi saya daripada perbincangan pertama dalam kelas. 
jangan pening, research aje..

Quotes of the week 1