Thursday, 7 January 2016

Kepalsuan bermatematik

Beberapa hari yang lepas, saya terjumpa akan satu gambar yang menerangkan pembuktian 2=1 di facebook.

walaupun, terdetik di sudut hati saya bahawa pembuktian tersebut adalah salah, ye lah, 2 tidak mungkin bersamaan dengan 1 dalam matematik, kecuali lah ia mempunyai maksud lain dalm psikologi. saya tidak dapat menyatakan dengan tepat mengapa pembuktian tersebut adalah salah, ternyata bukti yang ditunjukkan adalah benar berdasarkan pengetahuan saya yang cetek semasa itu.

Saya membaca suatu buku ini, iaitu Teka-teki dan permainan bermatematik oleh Oh Teik Bin dan Aun Ah Thim, ada diterangkan secara tepat dalam topik kepalsuan bermatematik. 

berikut merupakan penjelasan yang diberikan oleh penulis :

katakan a = b,



maka, di manakah kesalahan yang dilakukan dalam pembuktian ini?

jawapan nya ialah di langkah yang ke 4, di mana kedua - dua belah dibahagikan dengan a-b

diingatkan disini, telah dinyatakan semasa pengiraan dimulakan bahawa a = b, maka a-b=0

maka, pembahagian di langkah yang ke 4 adalah tidak dibolehkan kerana, pembawah tidak boleh sama dengan 0.

Diharapkan tidak lah terdapat mana-mana pelajar kita yang masih mentah percaya bulat-bulat akan pembuktian berikut. 

walaupun jalan kira yang ditunjukkan seperti benar, namun konsep nya adalah salah.





No comments:

Post a Comment